Tuesday, February 22, 2011

Mengapa kita perlu menyipan emas..

Mengapa anda perlu membeli emas?

Untuk pengetahuan anda, emas merupakan simpanan/pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang.

Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang.



Harga Emas dunia 10 tahun

Dalam konteks harga emas pasaran dunia :



Pada Jun 1998, harga emas adalah 300 USD per Oz (RM30.86/gram)

Pada Jun 2008, harga emas mencecah 890 USD per Oz (RM91.50/gram)

Ini adalah kenaikan 284% dalam 10 tahun bersamaan 28.4% setahun!

Ini jelas membuktikan bahawa pelaburan di dalam emas sangat stabil, hebat dan memberikan pulangan yang tinggi (sekitar 25 – 28% setahun)

Friday, February 4, 2011

Duit RM100 boleh Beranak Jadi RM200.

Duit RM100 boleh Beranak Jadi RM200. Macam mana tu?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


INI BUKAN MLM TAU...

Post kali ini mungkin agak menarik sikit, Macam mana nak jadikan RM1OO bertambah-tambah? Saya tulis artikel ni nak menyedarkan kawan-kawan yang ada akaun bank tapi tak mempunyai simpanan untuk masa depan. Rugi jika anda tidak merancang kewangan masa depan.


Simpan duit untuk masa depan yang lebih cerah

Rancang Kewangan masa depan

Nak kahwin
Nak pi Haji
Nak beli Rumah
Nak Melancong

Semua ini tak mustahil jika kawan-kawan bijak merancang, saya sedih bila tengok result survey, ramai student tak mempunyai sebarang pelaburan untuk memanipulasikan wang atau bahasa kampung "bagi duit beranak"

Kaedah/Cara memanipulasikan Wang

Melaburkan wang anda
Bagi student pilihlah yang kurang risiko seperti ASB, al-Awfar, Tabung Haji dan Amanah Saham Bank Rakyat dan yang terbaru, terbaik ialah pelaburan emas


Mempelbagaikan bentuk Pelaburan
Mungkin ni nak bagi serabut kepala, tapi kalai nak tau dengan lebih menalam kita sendiri kena buat kajian, saya bukak bermacam jenis akaun pelaburan macam al-Awfar. Lepas setahun kita nilai tengok prestasi

Sistem 70-30
Saya guna kaedah ni, 70% jumlah wang yang saya ada akan dilaburkan (saya pilih emas sebagai pelaburan jangka panjang), so duit ni saya tak usik langsung untuk 5-10 tahun akan datang. 30% lagi simpanan biasa, untuk kita guna seharian dan juga wang kecemasan.

Duit Elaun
Duit elaun yang saya dapat digunakan sebaik mungkin, saya takkan beli benda merapu...hahaha... kalau saya tak list barang yang nak dibeli saya takkan beli. Kalau bab makanan saya tak bekira. Katakan duit elaun dapat RM1000, saya simpan RM100. 7 / 8Bulan Kemudian dah RM700 /RM800 simpan duit tu untuk beli 1 Dinar...

Untuk anak-anak
Kalau budak-budak baby-baby orang bagi duit, duit raya budak-budak banyak... so duit raya tu tukar la kepada emas beli 1 Dinar, kalau gaji sebulan simpan RM100 untuk duit masa depan anak-anak...

Pendek kata, anda boleh menyimpan tapi jangan sampai menyekat keinginan... Bijak rancang kewangan tak rugi... Rancang dan Bertindak sekarang (jom beli emas)

Thursday, February 3, 2011

Mengapa Perlu Kita Belanjakan wang untuk emas.

Tips : Mengapa perlu kita belanjakan duit untuk Emas

Pada posting yang lepas saya telah mendedahkan bahawa wang yang kita perolehi hasil titik peluh selama kita bekerja ini sebenarnya adalah wang fiat (iaitu wang yang tidak disandarkan dengan emas).

Ianya langsung tidak bernilai bahkan ianya masih kekal digunakan pun hanya kerana ianya masih diterima oleh para pengguna (kita semua) sebagai medium pertukaran.

Tetapi malangnya kita tidak mampu untuk mendesak pemerintah agar membuat penyelarasan semula dengan mengimbangkan diantara jumlah wang ringgit yang telah dicetak dengan rizab simpanan emas.

Justeru, langkah yang boleh kita ambil ialah, kita sendiri perlu menyandarkan wang yang kita perolehi dengan emas!!



Caranya?

Mudah saja, sebelum kita membelanjakan sejumlah wang, baik untuk membeli barangan keperluan (terutamanya yang mahal dan susut nilai) ataupun untuk tujuan modal perniagaan dan pelaburan pastikan anda gunakan wang itu untuk membeli emas dahulu.

Selepas anda beli emas, pajakkan di Ar-Rahnu dan tunai yang anda dapat hasil dari pajakan itulah yang boleh anda digunakan untuk keperluan tersebut.

Rasionalnya?


1- Membeli barangan susut nilai (Kereta, TV lcd, Laptop, Motosikal & etc)

Jika anda membeli barangan yang susut nilai, anda tidak akan kerugian kerana kadar penyusutan itu dapat diimbangi oleh kadar kenaikan nilai emas yang anda pajakkan tadi.

Anda hanya perlu maintain upah simpan 6bulan sekali dan apabila sampai waktunya nanti (kenaikan harga emas) anda boleh jualkan emas tersebut dan keuntungan hasil jualan tadi akan mengurangkan kerugian anda diatas belian barangan susut nilai tadi dan tidak mustahil dalam masa yang sama anda akan meraih keuntungan, sekaligus membuatkan barangan tadi anda perolehi secara percuma!!. Rujuk posting disini.


2- Modal Perniagaan

Setiap perniagaan terdedah kepada risiko kerugian. Justeru, sandarkan modal perniagaan ataupun modal pusingan anda dengan emas. Caranya sama, iaitu beli emas, pajakkan dan hasil pajakan tadi baru boleh digunakan untuk perniagaan.

Jika perniagaan anda untung, hasil dari keuntungan bulanannya digunakan untuk bayaran balik kepada Ar-Rahnu sedikit demi sedikit sehingga tertebus kesemua emas tadi. Dengan cara ini, untung perniagaan anda dapat, untung kenaikan emas pun anda dapat!!

Jika perniagaan anda rugi pula, anda hanya perlu maintain bayaran upah simpan setiap 6 bulan sekali, dan dengan purata kenaikan nilai emas 25% setahun, hanya dalam masa 4 tahun anda telah menggandakan nilai emas anda kepada 100%. Anda boleh jualkan emas tersebut dan keuntungannya telah cover semula kerugian anda tadi. Keuntungannya anda boleh belikan emas lagi, pajakkan dan mulakan perniagaan baru.

Sedarlah, jika anda laksanakan cara ini, anda tidak akan muflis, jatuh terduduk dan sebagainya seandainya anda kerugian di dalam perniagaan anda, kerana risikonya telah diminimakan oleh emas!!!


3- Pelaburan (Hartanah, Saham, Unit Amanah etc)

Ramai orang mengatakan bahawa pelaburan hartanah sememangnya menguntungkan, tetapi amat jarang yang mengatakan berkenaan risiko kerugiannya.

Apakah pelaburan hartanah tiada risiko?
Bagaimana jika berlaku kemelesetan ekonomi, syarikat2 bankrap, penyewa anda hilang pekerjaan sekaligus tidak mampu membayar sewa kepada anda? dan anda juga tidak mampu membayar semula kepada bank? akibatnya rumah anda akan dilelong!!




Tetapi jika anda menyandarkan belian rumah tadi dengan emas, anda tidak akan kerugian kerana apabila berlaku kemelesetan ekonomi harga emas akan naik mendadak!!

Begitu juga ketika berlakunya bencana atau peperangan seperti peristiwa 9/11 cthnya, jika anda mempunyai hartanah di kawasan bandar di U.S sudah tentu penyewa anda akan lari dan anda perlu menanggung risiko yang hartanah anda akan dilelong. Tetapi jika anda sandarkan pelaburan tersebut dengan emas, anda akan menikmati keuntungan hasil kenaikan emas sebanayk 9% dan perak 11% pada hari itu!!


Kesimpulannya, emas bukan sahaja bertindak sebagai pelindung kepada nilai harta anda, tetapi ia juga bertindak sebagai pelindung kepada kerugian dan peminima risiko perniagaan dan pelaburan anda.

Semoga anda dapat mengambil iktibar hasil dari tips ini, dan jangan berlengah lagi, hubungi saya sekarang dan beli emas sebanyak mungkin sebelum ianya mencecah $ 2,000 per oz pada hujung tahun hadapan!!

Sebarang masaalah boleh call/sms saya 012-2276117

Tips : Bila Nak Bermula Membeli Emas?

Harga emas terus meningkat dari semasa ke semasa, bagi mereka yg fhm ttg konsep pelaburan di dlm emas fizikal, mereka akan membeli dan terus membeli selagi mempunyai tunai.

Tetapi bg sesetgh individu yg masih kabur ttg konsep ini, pastinya terpengaruh dgn Sentimen Pasaran, dan berasa takut utk membeli emas krn harganya melambung semakin tggi.

Sebenarnya, jika anda membuat pelaburan ke atas komoditi emas di dlm dagangan futures market, mmg patut utk anda berasa takut utk membuat dagangan..

Tetapi jika anda ingin membeli emas fizikal, tiada waktu yg spesifik diperlukan, dan walau setinggi mana pn harganya di pasaran, nilainya akn terus meningkat tanpa had masa dan nilai maksimum.



Jadi tiada istilah utk tnggu harganya turun, baru beli atau "Buy Low, Sell High" dlm pelaburan emas fizikal ini. kalau anda terus berpegang dgn konsep seperti itu, sy jamin walau harganya dh mencecah RM 200 segram sekalipun, anda masih belum membeli waima 1 gram emas, krn merasakan harganya dh cukup tinggi dan mungkin akn turun pulak jika anda membeli emas di waktu itu.

Konsep tu betul jika digunakan utk pelaburan saham, bond, pasaran matawang dan dagangan spot gold. Tapi jika diaplikasikan utk membeli emas fizikal bermakna anda telah mnggunakan teknik pelaburan yg tidak sesuai dgn portfolionya.

kesannya, sampai bila2 pn pelaburan tidak akan dibuat.

Tiada sesiapa yg boleh mengatakan harga emas sudah mencapai ke paras yg cukup tnggi dan xkn naik lagi, krn jika perkara itu berlaku, bermakna nilai emas tidak lagi mnjadi sandaran kpd nilai matawang. Adakah situasi ini akan berlaku?

Make your decision now, or will never...

Friday, January 21, 2011

Keuntungan Lumayan Melalui Jual Beli Emas

Kaedah Pertama:
Beli emas fizikal pada harga rendah dan jual pada harga tinggi.Emas fizikal pilihan; syiling emas, Dinar dan gold Bar.
Ini adalah kaedah yang termudah sekali. Anda beli emas fizikal seperti Dinar Emas, syiling emas dan gold bar dari Public Gold kemudian simpan.
Apabila harga naik melepasi target keuntungan anda maka anda boleh jual balik kat bank atau kedai emas dan mendapat keuntungan.
Kebaikan:
Anda berkemungkinan boleh menjual dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran kepada orang yang berminat nak beli. So boleh tambah profit lagi

Kaedah kedua:
Buat loan bank semaksima mungkin (antara 5 ke 10 tahun) dan beli Dinar Emas,syiling emas atau gold bar dari Public Gold.
Dengan membuat pinjaman, anda boleh membeli emas dengan kuantiti yang lebih banyak. Untung pun InsyaAllah banyak
Kemudian simpan syiling emas berkenaan sehingga loan habis bayar. Anda akan mendapati kenaikan harga emas tersebut akan cover duit loan dan akan berikan anda keuntungan.

Average Cost((Pemurataan harga))
Teknik ini di petik dari blog sifu emas.

Sekiranya kita telah terbeli emas semasa harga tengah mahal...contoh 2 minggu lepas(30 Disember2010) 20 gram RM3150 sebanyak satu keping.Jadi untk mengurangkan harga emas anda ini , tiada cara hanya dengan teknik pemurataan harga, Kerana pada masa sekarang takkan orang nak beli pada harga RM 3150.Betul tak.

Untuk itu ada disaran kan membeli emas pada harga RM 3088 iaitu harga sekarang(15-16 Januari 2011).

So sekarang purata harga emas 20 gram anda ialah RM 3119.

Tetapi, kalau anda dealer, harga 20 gram untuk hari ini (semasa post ini ditulis) makahargadealer ialah RM3053.


So jadilah purata harga emas 20 gram anda ialah RM 3104.

Jadi terpulanglah kepada anda untuk membeli dengan harga dealer atau harga biasa.

Untuk menjadi dealer anda hanya perlu membeli emas sebanyak RM20k jer

Wednesday, January 19, 2011

Dr. Mahathir Galak Rakyat Simpan Emas

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.

"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia.

"Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Produk Emas Genneva Malaysia berkonsepkan syariah di sini, kelmarin.

Produk emas Genneva Malaysia dihasilkan dalam bentuk jongkong oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan memenuhi keperluan Syariah.


MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.

Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40).

Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan